03 Februari 2019

KISAH BUDAK ASRAMA - EPISOD 2

2001
Lokasi: Blok K, Dorm 2, Smt seri manjung
Masa: 6.30 pagi
..........................................................................

"Bangun wei Bangun!", bisik Raja ke telingaku..
Aku terus lihat jam loceng di sebelah bantalku...

"Baru Kul 6.30 pagi ler... Hang duk kacau la Raja.. Kan sabtu ni.. Rilekslah!", balas aku.

"Budak-budak blok P dah kena sesah dengan warden ler tak gi subuh kat surau!", Raja menyambung bicara..

"Adey jangan lupa kejut!", sahut aku kepada Raja. Raja pun terus menuju ke katil Adey...

Aku,Raja dan Adey bingkas bangun, basuh muka, gosok gigi, pakai kain dan terus ke Surau Asrama...
Aku lihat ramai dah balik dorm.. cuma beberapa orang yang tinggal di dalam surau...
Antaranya Sofi, Oneng dan Si Mesir...
Aku terus solat subuh dan sejurus selepas itu aku terus menuju ke arah mereka..

"Mesir! Warden tak cari kitaorang ker?", tanya aku.
"Tak ada pulak", jawab Mesir.
"Dia cari budak budak blok P saja", Oneng menambah..
"Oooo...", aku menjawab tanda faham.
"Untung budak budak blok P yg sangat diambil berat oleh Warden mereka",hatiku berkata.

Aku sempat melihat Sofi sedang membaca Al Quran tidak jauh dari tempat kami bersembang...
"Baik dan warak budak ni.. harap satu hari aku dapat ikut jejak kewarakannya..", bisik hatiku lagi... Amin

"Hari ni nak outing ker?", tiba tiba Adey mencelah. "Kita gi FAJAR nak? Tapi BILLION pun ok gak! Teman aku gi beli Maggie dan Heater. Heater kat Dorm dah rosak tu", tambah Adey lagi.. "Boleh bebenau, Jom", jawabku spontan. "Eah, kul 10.00 ler, lepas cerite DRAGON BALL!", Adey membalas kata kataku tadi. "Oh yer, DRAGON BALL yer. Okey Kul 10.00!", balasku lagi.

Lalu kami pun pulang ke dorm dan bersiap-siap sesegera mungkin sebelum tayangan perdana DRAGON BALL bermula untuk booking barisan yang paling depan.. Biasanya bilik TV blok J ni lengang jer. Tapi oleh kerana penangan DRAGON BALL, FULL HOUSE beb... macam wayang pacak la pulak...

Dalam perjalanan menuju ke pintu masuk sekolah untuk serahkan buku outing, kelihatan sekumpulan pelajar beratur panjang menunggu giliran untuk menggunakan telefon awam. Tak kurang hebatnya juga yang masih berkain pelekat, berbaju Melayu dan berkopiah sedang beratur menunggu giliran dengan penuh sabar.
Nampak sangat belum balik dorm lagi kerana hendak mengambil giliran.. kesian.. nampak keletihan di muka mereka sambil duduk mencangkung. Sebatang jarum di jari jemari masing- masing bagai memberi semangat untuk mereka terus kukuh berdiri disitu..
Jarum? Aaahhh... curi line la tu.. dasar dan amalan penjimatan yang efektif ketika duduk di asrama.

(Bus Stop Hospital Manjung)
Nampaknya sudah hampir sejam menunggu, bas tak kunjung tiba... Lalu kami pun mengambil keputusan untuk berjalan kaki saja..

Bersambung..

(Cerita ini adalah berdasarkan pengalaman semata, mungkin tak tepat 100f% tetapi mungkin sedikit sebanyak dpt mengimbau kembali kisah kisah budak STESMA yang penuh suka dan duka. Hanya untuk bacaan dan hiburan semata.)

Tiada ulasan: