23 Oktober 2019

🏑 CARA MEMBUAT ADUAN KELEWATAN SERAH KUNCI RUMAH πŸ”‘

PERGI KE WEBSITE www.kpkt.gov.my dan ENTER!


Klik di Butang “ADUAN”


Pilih “ADUAN PROJEK PERUMAHAN SWASTA”. Kemudian klik “SETERUSNYA”.


Pilih “PROJEK PERUMAHAN BERMASALAH”. Kemudian klik “SETERUSNYA”.


Isi BORANG yang disediakan. Kemudian klik “SETERUSNYA”



Kemudian isikan PENERANGAN DAN HANTAR!


“SEMOGA BERMANFAAT KEPADA SEMUA”

05 Oktober 2019

Laman Sesawang Perniagaan Online BMF Official... JOM SUPPPORT BMF! πŸ‘πŸ»



Tahniah TEAM BMF Official Yang Berjaya Mewujudkan Laman Web Untuk Rangkaian Produk Keluaran Muslim!

Marilah kita sama sama menyokong dan bersaing secara sihat!

Kepada usahawan2 diluar sana.. apa lagi? JOM SUPPORT!

SEMOGA ALLAH MEMBERKATI DALAM SETIAP APA YANG KITA KERJAKAN...AMIN



SEMOGA BERMNAFAAT KEPADA SEMUA!

11 September 2019

12MP , 24MP atau 48MP.. PENTINGKAH MEGAPIKSEL DIALAM SEBUAH KAMERA?

5 PERKARA UTAMA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG KAMERA.

1. Sensor

Fungsi sensor telefon bimbit untuk menangkap cahaya dan objek. Seksyen ini adalah syarat utama untuk hasil kamera yang baik.
Sensor yang baik yang sepadan dengan megapixel boleh digunakan sebagai penanda aras apabila menangkap objek dengan kualiti maksimum.

2. Resolusi

Resolusi telefon bimbit itu sama dengan megapixels ternyata ia hanya ukuran ukuran. Sebagai contoh, resolusi 15MP bermaksud bahawa kamera telefon bimbit boleh menangkap imej yang terdiri daripada 15 juta titik.
Semakin besar resolusi yang digunakan, semakin besar saiz foto yang dihasilkan dan semakin besar memori yang digunakan.

3. Aperture (pembukaan lensa)

Spesifikasi berikutnya yang mesti dipertimbangkan ialah bukaan alur aperture alias (f). Aperture ini biasanya dipasangkan dengan resolusi telefon bimbit.
Manfaat apertur ini sebenarnya untuk mengambil gambar dalam keadaan cahaya yang rendah.
Telefon pintar hari ini biasanya menggunakan f / 2.2 aperture atau lebih rendah.

4. EIS dan OIS

Kedua-dua fungsi ini adalah untuk menstabilkan imej untuk menyimpan banyak bunyi.
Penstabilan Imej Elektronik (EIS) berfungsi sebagai sistem untuk mengesan getaran dan meningkatkan isyarat yang ditangkap oleh kamera.
Walaupun Penstabilan Imej Optik (OIS) mempunyai fungsi untuk mengurangkan kekaburan imej dan ketidakseimbangan penggredan.

5. Pemproses

Bukan sahaja spec dalam kamera, pemproses telefon bimbit juga memberi kesan kepada kualiti gambar.
Setiap pemproses juga mempunyai hasil foto standardnya sendiri.

SO, KENAPA KAMERA TELEFON 48MP LEBIH KURANG SAMA KUALITI DENGAN KAMERA TELEFON 12MP? DAH DAPAT KAN JAWAPAN...

SEMOGA BERMANFAAT KEPADA SEMUA!


Perbandingan Kamera iPhone 11 Pro vs Huawei P30 Pro. Ingat, jangan hanya lihat pada Megapiksel!!!!


09 September 2019

KEMPEN VS BOIKOT 🧐

Assalamualaikum.. 
Minggu nie kecoh pasal kempen “buy Muslim first”...

Aku tak nak komen panjang... Fahamkan sendiri maksud kempen vs boikot!






JOM KLIK SINI UNTUK SEMAK SECARA ONLINE KAMUS DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA!

http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=picisan


31 Julai 2019

🌜PUASA Bulan Dzulhijjah! Jom Beramal! πŸŒ›

*Bismillahirrahmaanirrahiim*

```Assalamualaikum```
Hanya mengingatkan 😊

1 Dzulhijjah = 2/8/2019
2 Dzulhijjah = 3/8/2019
3 Dzulhijjah = 4/8/2019
4 Dzulhijjah = 5/8/2019
5 Dzulhijjah = 6/8/2019
6 Dzulhijjah = 7/8/2019
7 Dzulhijjah = 8/8/2019
8 Dzulhijjah = 9/8/2019
9 Dzulhijjah = 10/8/2019


*HARAM PUASA :*
*10 Dzulhijjah = 11/8/019*
*11 Dzulhijjah = 12/8/2019*
*12 Dzulhijjah = 13/8/2019*
*13 Dzulhijjah = 14/8/2019*

Note:
~ Tarikh 2 - 8 Ogos  disunahkan puasa dan perbanyak amal solleh karana pahalanya akan dilipat gandakan.

~ *Puasa Tarwiyah 8 Dzulhijah = 9/8/2019*
~ *Puasa Arafah 9 Dzulhijah = 10/8/2019*

~ *Aidil-Adha 10 Dzulhijjah = 11/8/2019*

~ _*Tarikh : 12, 13, & 14 Ogos 2019 adalah hari TASRIK = HARAM PUASA*_


*Semoga bermanfaat*
#selamat beramal

Sumber: Whatsapps Group

JEREBU DATANG KEMBALI? πŸš‘πŸš‘πŸš‘ Jom Ambil Tahu! 😷



7 PERATURAN TERBARU DIDALAM SUKAN BOLA SEPAK! ⚽️

  1. Jaringan yang terhasil menerusi situasi ‘handball’ sama ada secara sengaja atau tidak sengaja tidak akan dikira. Ini termasuk dalam situasi pemain yang membantu jaringan (assist) berada dalam situasi ‘handball’.
  2. Dalam situasi sepakan percuma, pemain pasukan yang menyerang perlu berada dalam jarak satu meter daripada benteng ‘wall’ pasukan yang bertahan.
  3. Jika bola terkena pengadil ketika masih dalam permainan, dropball akan dilakukan.
  4. Untuk pertukaran pemain, tidak lagi diperlukan pemain untuk keluar dari kawasan garis tengah (halfway line) sahaja, tetapi mereka boleh keluar dari mana-mana garisan tepi (touchline) yang berhampiran dengan mereka.
  5. Dalam situasi sepakan penalti, Penjaga Gol boleh meletakkan hanya sebelah kaki di atas garisan gol berbanding dahulu di mana kedua-dua kaki mereka perlu berada di atas garisan.
  6. Penjaga gol kini boleh membuat hantaran kepada pemain yang berada di dalam kotak penalti ketika situasi sepakan gol (Goal kick) berbanding dahulu di mana pemain perlu berada di luar kotak.
  7. Kad kuning atau kad merah kini boleh dilayangkan kepada pengurus atau jurulatih.
Peraturan-peraturan baru ini diperkenal oleh IFAB untuk melancarkan permainan dan mengelakkan pasukan membuang masa sepanjang perlawanan.

24 Mei 2019

πŸ“± Aplikasi Yang Membolehkan Anda Menjana Pendapatan πŸ’΅πŸ’°πŸ’΄πŸ’Ά


Korang explore sendiri yer..
Rajin Rajin Survey..

SEMOGA BERMNAFAAT KEPADA SEMUA..



πŸ”œ DUTI EKSAIS KE ATAS MINUMAN BERGULA! ☕️πŸ₯€πŸ·πŸΉ

http://www.customs.gov.my/ms/_layouts/15/ApplikasiKastam/DetailsPengumuman.aspx?ID=378

Korang leh klik kat link address kat atas tu.....

Undang Undang “ON THE WAY” untuk diwartakan! Ready!

SEMOGA BERMANFAAT KEPADA SEMUA

πŸ”»KURANGKAN GULA DALAM MINUMAN, πŸ”ΊTAMBAHKAN MANIS DALAM SENYUMAN! 😍

17 Mei 2019

🦢🏻SAIZ KASUT πŸ‘¦πŸ»LELAKI VS WANITAπŸ‘©πŸ»?

Time2 nak raya nie.. mesti ramai yang TARGET nak cari kasut baru kan... So , di zaman e dagang online nie, hampir 50% pelanggan membeli menggunakan perkhidmatan online.. So, Yang berisiko nak beli online nie ada dua perkara... Jurujual penipu & saiz sampai tak sama dgn apa yang diimaginasikan... Cewah sastera bahasa aku nie.. hahahaha.. 
selain baju ...saiz kasut adalah antara yang paling penting sebelum nak order.... 
So , gambarajah di bawah aku harap dapat membantu korang Didalam pemilihan saiz kasut apabila beli secara online....





08 Mei 2019

🍚 ZAKAT FITRAH SECARA ONLINE πŸ‘πŸ»

Alhamdulillah ... seiring dengan kemajuan teknologi maklumat.. Pusat Zakat Melaka telah membuat pembaharuan yang tepat iaitu mengenalkan kaedah pembayaran zakat fitrah secara online....

Sebelum ini, e-zakat pendapatan telah diperkenalkan sejak 2 tahun lalu.. So, tiada alasan lagi untuk tidak membayar zakat..

Klik Sini
πŸ‘‡πŸΎπŸ‘‡πŸΎπŸ‘‡πŸΎπŸ‘‡πŸΎπŸ‘‡πŸΎπŸ‘‡πŸΎπŸ‘‡πŸΎπŸ‘‡πŸΎπŸ‘‡πŸΎ

KADAR ZAKAT MENGIKUT JENIS BERAS:




26 April 2019

Boleh ke pemaju perumahan didenda sebab lewat serah kunci?

Berapa jumlah denda yang pemaju kena bayar?

Berapakah jumlah denda lewat yang pemaju kena bayar kepada pembeli?
Jumlah bayaran denda lewat serahan milikan kosong yang perlu dijelaskan oleh pemaju kepada pembeli adalah pada kadar sepuluh peratus (10%) setahun, daripada harga jual beli.
Ini dikira dari hari ke hari, mulai dari tarikh luput penyerahan pemilikan kosong sehingga tarikh sebenar Pembeli mengambil pemilikan kosong rumah tersebut.

Contohnya:
Katakan harga korang beli RM200,000.00.
Jumlah hari lewat dikira mulai daripada tarikh sepatutnya pemaju serah milikan kosong, sehingga tarikh sebenar pembeli ambil milikan kosong. 
Katakan, pemaju lewat serah kunci selama 100 hari.
Maka perkiraan untuk bayaran denda lewat serahan milikan kosong adalah seperti berikut:
  • RM200,000.00 x 100 hari lewat x 10% (kadar % denda lewat) / 365 hari (setahun) = RM5,479.45.

15 April 2019

⚽️ JADUAL PASUKAN KEBANGSAAN KELAYAKAN PIALA DUNIA 2022 & PIALA ASIA 2023 ⚽️



Macam ada peluang.. dan boleh start training awal sket.. sementara player masih panas tu...

SEMOGA BERMANFAAT KEPADA SEMUA

#harimaumalaya
#pialadunia2022
#pialaasia2023

PENGAGA ATAU PEGAGA? πŸƒ



Kredit : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1223071607703925&set=gm.1240703882636607&type=3&sfns=mo

#genggayahidupsihat

🏍🏍🏍PERTARUNGAN RAJA RAJA KAPCAIπŸ›΅πŸ›΅πŸ›΅


Ada orang minat laju... ada yang suka lampu led... ada juga yang minat meter fully elektronik..ada yang minat tayar besar.. ada yang nak cantik tapi murah... tak kurang juga yang nak murah tapi laju.. 

Ada yang fikir tentang 2nd hand Value... ada yang simpan sampai pencen... ada yang nak mencuba cuba.. ada yang jatuh cinta...

Apepun pilihan hati korang... buatlah perbandingan dan penilaian mengikut poket masing2...
Ynag penting korang puashati...

JOM SURVEY SPEK SPEK RAJA RAJA KAPCAI....



08 April 2019

CARA MANDI WAJIB YANG BETUL - SUMBER JAKIM


INFOGRAFIK : JAKIM

CARA CARA MANDI WAJIB
1. Niat ketika air sampai ke tubuh
2. Membaca “Bismillah”
3. Mencuci tangan sebanyak tiga kali
4. Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
5. Membersihkan atau menyucikan tangan kiri dengan sabun
6. Berwuduk. Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk biasa sepertimana biasa dilakukan sebelum melakukan solat. Ataupun boleh menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
7. Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara meratakan kepala lau siram 3 kali dengan air. Ini berdasarkan hadith dari ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari yang maksudnya:
“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian mengusap rambutnya, kemudian menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua-dua tangannya”
Ketika menyiram kepala, hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) yang maksudnya:
“Baginda menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudian bahagian kiri”
Bagi wanita yang mandi untuk haid atau mandi junub, perlu melepaskan ikatan rambut tersebut. Ini pula berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haid ketika menunaikan haji. Lalu Baginda Rasulullah SAW berkata sedemikian:
“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”
8. Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
Dari ‘Aisyah (R.A): “Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasut, ketika bersikat dan ketika bersuci”. (Sahih Muslim)
9. Meratakan air ke seluruh tubuh badan
10. Berwuduk jika hendak mengerjakan solat fardhu. Perbezaan antara mandi wajib dengan mandi sunat hanyalah pada niatnya sahaja. Cara kaedah mandi adalah sama.
Wallahu’alam

07 April 2019

LE TOUR DE LANGKAWI 2019


Aku tak berapa faham maksud tajuk berita ni.. Samaada “perli” atau tak sedar akan kerugian didalam kejohanan ini.. Kali pertama sejak 2010 pasukan bertaraf Pro Tour “TAK JOIN” LTDL.. bagus ke tak bagus? 
 Itu Korang pikir sendiri..


DISINI AKU CILOK SKET FAKTA BERKENAAN PRO TOUR TEAM DAN PRO BENUA TEAM...


Pro Tour yang mempunyai 18 pasukan sahaja di seluruh dunia merupakan pasukan berbasikal lebuh raya kelas pertama dalam senarai yang diiktiraf Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) serta mempunyai ramai pengikut dan penyokong.
Ini diikuti kelompok kelas kedua yang dipanggil pasukan Pro Benua yang mempunyai 26 pasukan, kemudian pasukan benua biasa.

SO, Dah faham kan? Macam turun sket status LTDL ni eak.. Ntah la... 


πŸ” KORANG SUKA MAKAN TELUR AYAM KAN! πŸ“ OMEGA 3 VERSUS SILENIUM ORGANIK πŸ₯šπŸ₯šπŸ₯š

πŸ”Telur Organik Selenium πŸ₯š
Dalam kajian perubatan, selenium memberikan manfaat kepada kesihatan manusia terutama dalam mengurangkan risiko penyakit kanser. Ayam yang menghasilkan telur organik selenium diberikan selenium dalam bentuk makanan organik.
Kuantiti  selenium yang diberikan kepada ayam adalah terkawal yang tidak memberikan kesan mudarat sama ada kepada ayam sehinggalah telur yang akhirnya dimakan oleh manusia. 

πŸ”Telur Omega-3πŸ₯š
Telur Omega-3 ada beberapa jenis dan ia merujuk kepada komposisi lemak. Antara jenis telur Omega-3 yang biasa kita lihat di pasaran ialah DHA. Telur Omega-3 DHA ini terdiri daripada lemak bersumber dari ikan.
Makanan ayam-ayam yang menghasilkan telur Omega 3 ini lebih mewah. Mereka diberikan sumber tumbuhan, gandum, biji rami, kacang soya, jagung dan ikan dengan campuran vitamin dan mineral. Kerana itu, kandungan lemak dalam telur omega-3 kurang berbanding telur biasa. Asid lemak dalam telur omega-3 juga adalah tiga kali ganda lebih daripada telur biasa. 
Omega-3 juga dipercayai dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, hipertensi, strok, reumatoid artritis dan kanser. Kandungan kolestrolnya juga kurang berbanding telur biasa.

25 Mac 2019

GAJET SUKAN? πŸ₯‡πŸ₯ˆπŸ₯‰




Dulu sekitar 2014, aku guna Apps Nike RUN... Masa tu ramai pelik dan tak faham fungsi dan faedah menggunakan Apps ni...

Sekarang 2019, selepas 5 tahun.. Aku pulak yang macam ketinggalan zaman sbb Apps yang wujud pada hari ini lebih komplikated.... dan multi function!

Bukan sahaja Apps... malah sekarang lebih dikombinasikan degan gajet gajet tertentu...

Faedahnya? Pada aku kalau korang sebagai atlet yang profesional.. gajet gajet dan juga apps2 ini penting bagi memantau tahap kecergasan, pencapaian, mengukur kemajuan latihan dan juga sebagai rujukan bagi seseorang merancang program yang lebih teratur dan konsisten bagi meningkatkan lagi keupayaan seseorang atlet...

Tapi kalau setakat nak joging petang2... cukup Apps yang basic... skrg mcm2 pilihan ada.. APEPUN KALAU NAK NAMPAK PRO.. LEH JER BELI JIKA ADA KEMAMPUAN LEBIH!

Semoga Sukan Dinegara Ini Akan Lebih Berkembang!
Majukan Sukan Untuk Negara!

Semoga Bermanfaat Kepada Semua!


πŸ—£ SUHU SEMAKIN PANAS.. KUTUB SEMAKIN MENCAIR...πŸ₯΅



Gambarajah di atas adalah kawasan kawasan yang dikenal pasti akan ditenggelami air laut apabila suhu semakin panas dan ais di kutub utara dan selatan semakin mencair...

Setakat ni MALAYSIA masih belum tersenarai...
Harap2 ini dapat memberi kesedaran kepada semua betapa pentingnya menjaga alam sekitar dan pemuliharaannya perlu bagi  memastikan risiko bencana DUNIA ini dapat dikurangkan atau dielakkan sama sekali....

MAI KITA TANAM POKOK, KURANGKAN PEMBAKARAN TERBUKA, KURANGKAN PENGGUNAAN ELEKTRIK, JANGAN GUNA CFC yg boleh menipiskan OZON BUMI!

SEMOGA DENGAN LANGKAH KECIL KITA MEMBAWA KEBAIKAN YANG LEBIH BESAR DI MASA HADAPAN...

Semoga Bermanfaat Kepada Semua


14 Mac 2019

⛔️🧟‍♂️ KIM KIM OH KIM KIM ⚠️

INI ANTARA FAKTA FAKTA MENGENAI BAHAN KIMIA YANG MENCEMAR SUNGAI KIM KIM






SEMOGA BERMANFAAT KEPADA SEMUA
15.03.2019
1005am

πŸ“ž Daripada NOKIA ke COKIA? πŸ“±



Korang yang lahir era 90-an dan ke bawah tentu ingat tipon tipon legend diatas.. Hampir menguasai 70-80% pasaran tipon DUNIA pada suatu ketika...

La ni hang tau tak.. bebudak sekolah la ni dengar nama NOKIA pun terpaksa depa GOOGLE tau nak tahu fakta... Nasib NOKIA berubah 369 darjah! πŸ“‰

Ini adalah antara faktor yang aku kesan hasil daripada pemerhatian tanpa kajian...

1.Lambat Tukar teknologi sentuhan jari (touch Spreen) 
2.NOKIA lambat tukar OS nya daripada Symbian kepada Android
3.NOKIA silap buat keputusan dengan guna OS Windows yang ternyata LAMBAT dan TIDAK MESRA PELANGGAN!
4. Last sekali.. LAMBAT membuat comeback dengan OS Android...

ITU ANTARA KELEMAHAN KELEMAHAN YANG AKU KESAN... 
So, apa yang dapat kita belajar kat sini..

“BERUBAH DAN SESUAIKAN IKUT KEADAAN SEMASA”

“CEPAT BERTINDAK DENGAN RESPON PENGGUNA”

“KALAU ADA PELUANG JANGAN TUNGGU LAMA LAMA .. NANTI DISAMBAR ORANG” 

Ok itu saja perkongsian kali ini...

SEMOGA BERMANFAAT KEPADA SEMUA
15.03.2019
1000am

10 Mac 2019

09 Mac 2019

Perbezaan Spesifikasi Samsung S10e, S10 & S10+

Kepada yang mempunyai perancangan untuk membeli telefon bimbit baru.. Dan kepada Samsung Fans... Leh refer gambarajah di bawah untuk mengetahui perbezaan spesifikasi telefon bimbit keluaran terbaru daripada SAMSUNG!

Lepas tu.. korang raba poket ... kalau mampu leh beli... tapi kat sini TIADA PERBANDINGAN HARGA  dibuat okey! 

Kat sini pun TIADA PERBANDINGAN ANTARA BRAND.. So mana Huawei FC & Apple FC, nantikan post berkenaan produk keluaran syarikat2 GERGASI ini akan datang yer.. Sabo Yob!

Apepun, hangpa view kat gambarajah di bawah K...



RUJUKAN: gsmarena.com


SEMOGA BERMANFAAT KEPADA SEMUA
10.03.2019
957am


πŸ“•πŸ“— NAK BACA BUKU PERCUMA? BACA NI...πŸ“šπŸ“–

#jombacabuku

Utk makluman semua perpustakaan negara malaysia telah melancarkan 1 site di mana sesiapa sahaja boleh membaca buku secara online di pautan :- 

πŸ‘‡πŸΎπŸ‘‡πŸΎπŸ‘‡πŸΎπŸ‘‡πŸΎπŸ‘‡πŸΎπŸ‘‡πŸΎπŸ‘‡πŸΎπŸ‘‡πŸΎ

http://www.pnm.elib.com.my/







Mohon dipjgkn kepada rakan-rakan yg lain.


Portal ini boleh di akses melalui data tel, internet rumah atau hotspot wifi..


MEMBACA JAMBATAN ILMU

SEMOGA BERMANFAAT KEPADA SEMUA




DISKAUN LEVI’S VIP CLUB❗️

Kalau korang nak voucer atau diskaun daripada  pembelian produk jenama Levi’s..  Meh Join LEVI’S VIP CLUB..

Klik Link Di Bawah Ni πŸ‘‡πŸΎπŸ‘‡πŸΎπŸ‘‡πŸΎ


Ni e- voucher wallet yang aku dapat...15% Didalam satu transaksi tu...BERBALOI!


SEMOGA BERMANFAAT KEPADA SEMUA



🀺🏌🏻‍♀️⛹🏽‍♂️πŸ‹πŸ½‍♂️ SUKAN VS RISIKO KECEDERAAN! ⛷πŸ„πŸΌ‍♂️πŸ‡πŸΌπŸš΄πŸ½‍♀️πŸ§—πŸ½‍♂️

Assalamualaikum...
Bersukan sememangnya bagus untuk kesihatan.. seseorang perlu memilih sukan yang bersesuaian dengan tahap kecergasan..  sebelum bersukan juga seseorang boleh membuat senaman tegangan bagi mengurangkan risiko kecederaan..

 So dalam gambarajah di bawah ni adalah senarai sukan yang tinggi risiko kecederaan.. walaupun kajian ini dilakukan di US..namun masih boleh diguna pakai untuk rujukan untuk kita mengambil langkah awal..



SEMOGA BERMANFAAT KEPADA SEMUA
 09.03.2019
0437pm

07 Mac 2019

⚠️ KESAN BERLEBIHAN GULA DIDALAM BADAN! πŸ€’

KESAN GULA BERLEBIHAN!

# Lapar Berterusan – Perut akan rasa lapar memanjang walaupun baru makan. Ini disebabkan kandungan gula terlalu tinggi. Secara saintifiknya, glukosa terhalang untuk memasuki sel-sel dalam badan. Seterusnya, badan tidak dapat terima tenaga dan mulalah anda rasa lapar.

# Badan Terasa Letih – Bila dah tak serap dalam tubuh, sel-sel badan tidak dapat berfungsi dengan betul sebab tiada bekalan tenaga.

# Kerap Buang Air Kecil – Bila tak dapat serap glukos, buah pinggang kita juga tak dapat nak serap cecair kerana berlaku kepekatan glukosa dalam darah. Jadi kita akan rasa nak buang air saja kerjanya.

#Mulut Kering dan Dahaga Berlebihan – Kehilangan cecair daripada kesan sering ke tandas sebentar tadi menyebabkan mulut menjadi kering. Badan akan menilai tahap dehidrasi dan menghantar isyarat ke otak.

#Sukar Untuk Fokus – Gula yang tinggi juga menghalang glukosa untuk sampai ke sel otak. Bila otak sukar dapatkan tenaga, tumpuan akan terjejas.
#Mata Kabur –Kandungan gula yang tinggi ini turut memberi kesan pada sel mata. Mata hilang keupayaan untuk  beri tumpuan sekaligus  penglihatan jadi kabur.

#Mati Pucuk – Bila kandungan gula terlalu tinggi, sukar untuk ereksi. Ini kerana untuk peroleh ereksi yang sihat, aliran darah ke saraf mesti dalam keadaan sihat. Jika ada gula berlebih, biasanya akan terjejas. Sebab itulah orang alami kencing manis akan sukar ereksi dan boleh mati pucuk.

#Luka Lambat Sembuh – Bila dah terlalu tinggi gula, susah untuk luka sembuh kerana peredaran darah ke seluruh tubuh sudah terjejas.

Terakhir sekali…

#Cepat Marah – Kajian mengatakan orang gula tinggi biasanya selalu cemas, terlebih aktif dan selalu kemurungan.

05 Mac 2019

Aplikasi Blogger πŸ…±️


Patutlah puas aku search tak keluar keluar Apps ni.. rupanya dah ditamatkan... last guna 2013.. maybe dah tutup 2-3 tahun lepas kot...

Lama sangat tak aktif mem”BLOG”.. ketinggalan jauh GAMAKNYER...
πŸ˜…

Apepun.. semakin banyak apps apps blog yang lain tumbuh bagai cendawan!! πŸ‘πŸ»