31 Julai 2019

7 PERATURAN TERBARU DIDALAM SUKAN BOLA SEPAK! ⚽️

  1. Jaringan yang terhasil menerusi situasi ‘handball’ sama ada secara sengaja atau tidak sengaja tidak akan dikira. Ini termasuk dalam situasi pemain yang membantu jaringan (assist) berada dalam situasi ‘handball’.
  2. Dalam situasi sepakan percuma, pemain pasukan yang menyerang perlu berada dalam jarak satu meter daripada benteng ‘wall’ pasukan yang bertahan.
  3. Jika bola terkena pengadil ketika masih dalam permainan, dropball akan dilakukan.
  4. Untuk pertukaran pemain, tidak lagi diperlukan pemain untuk keluar dari kawasan garis tengah (halfway line) sahaja, tetapi mereka boleh keluar dari mana-mana garisan tepi (touchline) yang berhampiran dengan mereka.
  5. Dalam situasi sepakan penalti, Penjaga Gol boleh meletakkan hanya sebelah kaki di atas garisan gol berbanding dahulu di mana kedua-dua kaki mereka perlu berada di atas garisan.
  6. Penjaga gol kini boleh membuat hantaran kepada pemain yang berada di dalam kotak penalti ketika situasi sepakan gol (Goal kick) berbanding dahulu di mana pemain perlu berada di luar kotak.
  7. Kad kuning atau kad merah kini boleh dilayangkan kepada pengurus atau jurulatih.
Peraturan-peraturan baru ini diperkenal oleh IFAB untuk melancarkan permainan dan mengelakkan pasukan membuang masa sepanjang perlawanan.

Tiada ulasan: