26 April 2019

Boleh ke pemaju perumahan didenda sebab lewat serah kunci?

Berapa jumlah denda yang pemaju kena bayar?

Berapakah jumlah denda lewat yang pemaju kena bayar kepada pembeli?
Jumlah bayaran denda lewat serahan milikan kosong yang perlu dijelaskan oleh pemaju kepada pembeli adalah pada kadar sepuluh peratus (10%) setahun, daripada harga jual beli.
Ini dikira dari hari ke hari, mulai dari tarikh luput penyerahan pemilikan kosong sehingga tarikh sebenar Pembeli mengambil pemilikan kosong rumah tersebut.

Contohnya:
Katakan harga korang beli RM200,000.00.
Jumlah hari lewat dikira mulai daripada tarikh sepatutnya pemaju serah milikan kosong, sehingga tarikh sebenar pembeli ambil milikan kosong. 
Katakan, pemaju lewat serah kunci selama 100 hari.
Maka perkiraan untuk bayaran denda lewat serahan milikan kosong adalah seperti berikut:
  • RM200,000.00 x 100 hari lewat x 10% (kadar % denda lewat) / 365 hari (setahun) = RM5,479.45.

15 April 2019

⚽️ JADUAL PASUKAN KEBANGSAAN KELAYAKAN PIALA DUNIA 2022 & PIALA ASIA 2023 ⚽️



Macam ada peluang.. dan boleh start training awal sket.. sementara player masih panas tu...

SEMOGA BERMANFAAT KEPADA SEMUA

#harimaumalaya
#pialadunia2022
#pialaasia2023

PENGAGA ATAU PEGAGA? πŸƒ



Kredit : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1223071607703925&set=gm.1240703882636607&type=3&sfns=mo

#genggayahidupsihat

🏍🏍🏍PERTARUNGAN RAJA RAJA KAPCAIπŸ›΅πŸ›΅πŸ›΅


Ada orang minat laju... ada yang suka lampu led... ada juga yang minat meter fully elektronik..ada yang minat tayar besar.. ada yang nak cantik tapi murah... tak kurang juga yang nak murah tapi laju.. 

Ada yang fikir tentang 2nd hand Value... ada yang simpan sampai pencen... ada yang nak mencuba cuba.. ada yang jatuh cinta...

Apepun pilihan hati korang... buatlah perbandingan dan penilaian mengikut poket masing2...
Ynag penting korang puashati...

JOM SURVEY SPEK SPEK RAJA RAJA KAPCAI....



08 April 2019

CARA MANDI WAJIB YANG BETUL - SUMBER JAKIM


INFOGRAFIK : JAKIM

CARA CARA MANDI WAJIB
1. Niat ketika air sampai ke tubuh
2. Membaca “Bismillah”
3. Mencuci tangan sebanyak tiga kali
4. Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
5. Membersihkan atau menyucikan tangan kiri dengan sabun
6. Berwuduk. Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk biasa sepertimana biasa dilakukan sebelum melakukan solat. Ataupun boleh menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
7. Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara meratakan kepala lau siram 3 kali dengan air. Ini berdasarkan hadith dari ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari yang maksudnya:
“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian mengusap rambutnya, kemudian menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua-dua tangannya”
Ketika menyiram kepala, hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) yang maksudnya:
“Baginda menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudian bahagian kiri”
Bagi wanita yang mandi untuk haid atau mandi junub, perlu melepaskan ikatan rambut tersebut. Ini pula berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haid ketika menunaikan haji. Lalu Baginda Rasulullah SAW berkata sedemikian:
“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”
8. Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
Dari ‘Aisyah (R.A): “Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasut, ketika bersikat dan ketika bersuci”. (Sahih Muslim)
9. Meratakan air ke seluruh tubuh badan
10. Berwuduk jika hendak mengerjakan solat fardhu. Perbezaan antara mandi wajib dengan mandi sunat hanyalah pada niatnya sahaja. Cara kaedah mandi adalah sama.
Wallahu’alam

07 April 2019

LE TOUR DE LANGKAWI 2019


Aku tak berapa faham maksud tajuk berita ni.. Samaada “perli” atau tak sedar akan kerugian didalam kejohanan ini.. Kali pertama sejak 2010 pasukan bertaraf Pro Tour “TAK JOIN” LTDL.. bagus ke tak bagus? 
 Itu Korang pikir sendiri..


DISINI AKU CILOK SKET FAKTA BERKENAAN PRO TOUR TEAM DAN PRO BENUA TEAM...


Pro Tour yang mempunyai 18 pasukan sahaja di seluruh dunia merupakan pasukan berbasikal lebuh raya kelas pertama dalam senarai yang diiktiraf Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) serta mempunyai ramai pengikut dan penyokong.
Ini diikuti kelompok kelas kedua yang dipanggil pasukan Pro Benua yang mempunyai 26 pasukan, kemudian pasukan benua biasa.

SO, Dah faham kan? Macam turun sket status LTDL ni eak.. Ntah la... 


πŸ” KORANG SUKA MAKAN TELUR AYAM KAN! πŸ“ OMEGA 3 VERSUS SILENIUM ORGANIK πŸ₯šπŸ₯šπŸ₯š

πŸ”Telur Organik Selenium πŸ₯š
Dalam kajian perubatan, selenium memberikan manfaat kepada kesihatan manusia terutama dalam mengurangkan risiko penyakit kanser. Ayam yang menghasilkan telur organik selenium diberikan selenium dalam bentuk makanan organik.
Kuantiti  selenium yang diberikan kepada ayam adalah terkawal yang tidak memberikan kesan mudarat sama ada kepada ayam sehinggalah telur yang akhirnya dimakan oleh manusia. 

πŸ”Telur Omega-3πŸ₯š
Telur Omega-3 ada beberapa jenis dan ia merujuk kepada komposisi lemak. Antara jenis telur Omega-3 yang biasa kita lihat di pasaran ialah DHA. Telur Omega-3 DHA ini terdiri daripada lemak bersumber dari ikan.
Makanan ayam-ayam yang menghasilkan telur Omega 3 ini lebih mewah. Mereka diberikan sumber tumbuhan, gandum, biji rami, kacang soya, jagung dan ikan dengan campuran vitamin dan mineral. Kerana itu, kandungan lemak dalam telur omega-3 kurang berbanding telur biasa. Asid lemak dalam telur omega-3 juga adalah tiga kali ganda lebih daripada telur biasa. 
Omega-3 juga dipercayai dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, hipertensi, strok, reumatoid artritis dan kanser. Kandungan kolestrolnya juga kurang berbanding telur biasa.