πTelur Organik Selenium π₯
Dalam kajian perubatan, selenium memberikan manfaat kepada kesihatan manusia terutama dalam mengurangkan risiko penyakit kanser. Ayam yang menghasilkan telur organik selenium diberikan selenium dalam bentuk makanan organik.
Kuantiti selenium yang diberikan kepada ayam adalah terkawal yang tidak memberikan kesan mudarat sama ada kepada ayam sehinggalah telur yang akhirnya dimakan oleh manusia.
πTelur Omega-3π₯
Telur Omega-3 ada beberapa jenis dan ia merujuk kepada komposisi lemak. Antara jenis telur Omega-3 yang biasa kita lihat di pasaran ialah DHA. Telur Omega-3 DHA ini terdiri daripada lemak bersumber dari ikan.
Makanan ayam-ayam yang menghasilkan telur Omega 3 ini lebih mewah. Mereka diberikan sumber tumbuhan, gandum, biji rami, kacang soya, jagung dan ikan dengan campuran vitamin dan mineral. Kerana itu, kandungan lemak dalam telur omega-3 kurang berbanding telur biasa. Asid lemak dalam telur omega-3 juga adalah tiga kali ganda lebih daripada telur biasa.
Omega-3 juga dipercayai dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, hipertensi, strok, reumatoid artritis dan kanser. Kandungan kolestrolnya juga kurang berbanding telur biasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan