25 Mac 2019

GAJET SUKAN? πŸ₯‡πŸ₯ˆπŸ₯‰




Dulu sekitar 2014, aku guna Apps Nike RUN... Masa tu ramai pelik dan tak faham fungsi dan faedah menggunakan Apps ni...

Sekarang 2019, selepas 5 tahun.. Aku pulak yang macam ketinggalan zaman sbb Apps yang wujud pada hari ini lebih komplikated.... dan multi function!

Bukan sahaja Apps... malah sekarang lebih dikombinasikan degan gajet gajet tertentu...

Faedahnya? Pada aku kalau korang sebagai atlet yang profesional.. gajet gajet dan juga apps2 ini penting bagi memantau tahap kecergasan, pencapaian, mengukur kemajuan latihan dan juga sebagai rujukan bagi seseorang merancang program yang lebih teratur dan konsisten bagi meningkatkan lagi keupayaan seseorang atlet...

Tapi kalau setakat nak joging petang2... cukup Apps yang basic... skrg mcm2 pilihan ada.. APEPUN KALAU NAK NAMPAK PRO.. LEH JER BELI JIKA ADA KEMAMPUAN LEBIH!

Semoga Sukan Dinegara Ini Akan Lebih Berkembang!
Majukan Sukan Untuk Negara!

Semoga Bermanfaat Kepada Semua!


πŸ—£ SUHU SEMAKIN PANAS.. KUTUB SEMAKIN MENCAIR...πŸ₯΅



Gambarajah di atas adalah kawasan kawasan yang dikenal pasti akan ditenggelami air laut apabila suhu semakin panas dan ais di kutub utara dan selatan semakin mencair...

Setakat ni MALAYSIA masih belum tersenarai...
Harap2 ini dapat memberi kesedaran kepada semua betapa pentingnya menjaga alam sekitar dan pemuliharaannya perlu bagi  memastikan risiko bencana DUNIA ini dapat dikurangkan atau dielakkan sama sekali....

MAI KITA TANAM POKOK, KURANGKAN PEMBAKARAN TERBUKA, KURANGKAN PENGGUNAAN ELEKTRIK, JANGAN GUNA CFC yg boleh menipiskan OZON BUMI!

SEMOGA DENGAN LANGKAH KECIL KITA MEMBAWA KEBAIKAN YANG LEBIH BESAR DI MASA HADAPAN...

Semoga Bermanfaat Kepada Semua


14 Mac 2019

⛔️🧟‍♂️ KIM KIM OH KIM KIM ⚠️

INI ANTARA FAKTA FAKTA MENGENAI BAHAN KIMIA YANG MENCEMAR SUNGAI KIM KIM






SEMOGA BERMANFAAT KEPADA SEMUA
15.03.2019
1005am

πŸ“ž Daripada NOKIA ke COKIA? πŸ“±



Korang yang lahir era 90-an dan ke bawah tentu ingat tipon tipon legend diatas.. Hampir menguasai 70-80% pasaran tipon DUNIA pada suatu ketika...

La ni hang tau tak.. bebudak sekolah la ni dengar nama NOKIA pun terpaksa depa GOOGLE tau nak tahu fakta... Nasib NOKIA berubah 369 darjah! πŸ“‰

Ini adalah antara faktor yang aku kesan hasil daripada pemerhatian tanpa kajian...

1.Lambat Tukar teknologi sentuhan jari (touch Spreen) 
2.NOKIA lambat tukar OS nya daripada Symbian kepada Android
3.NOKIA silap buat keputusan dengan guna OS Windows yang ternyata LAMBAT dan TIDAK MESRA PELANGGAN!
4. Last sekali.. LAMBAT membuat comeback dengan OS Android...

ITU ANTARA KELEMAHAN KELEMAHAN YANG AKU KESAN... 
So, apa yang dapat kita belajar kat sini..

“BERUBAH DAN SESUAIKAN IKUT KEADAAN SEMASA”

“CEPAT BERTINDAK DENGAN RESPON PENGGUNA”

“KALAU ADA PELUANG JANGAN TUNGGU LAMA LAMA .. NANTI DISAMBAR ORANG” 

Ok itu saja perkongsian kali ini...

SEMOGA BERMANFAAT KEPADA SEMUA
15.03.2019
1000am

10 Mac 2019

09 Mac 2019

Perbezaan Spesifikasi Samsung S10e, S10 & S10+

Kepada yang mempunyai perancangan untuk membeli telefon bimbit baru.. Dan kepada Samsung Fans... Leh refer gambarajah di bawah untuk mengetahui perbezaan spesifikasi telefon bimbit keluaran terbaru daripada SAMSUNG!

Lepas tu.. korang raba poket ... kalau mampu leh beli... tapi kat sini TIADA PERBANDINGAN HARGA  dibuat okey! 

Kat sini pun TIADA PERBANDINGAN ANTARA BRAND.. So mana Huawei FC & Apple FC, nantikan post berkenaan produk keluaran syarikat2 GERGASI ini akan datang yer.. Sabo Yob!

Apepun, hangpa view kat gambarajah di bawah K...



RUJUKAN: gsmarena.com


SEMOGA BERMANFAAT KEPADA SEMUA
10.03.2019
957am


πŸ“•πŸ“— NAK BACA BUKU PERCUMA? BACA NI...πŸ“šπŸ“–

#jombacabuku

Utk makluman semua perpustakaan negara malaysia telah melancarkan 1 site di mana sesiapa sahaja boleh membaca buku secara online di pautan :- 

πŸ‘‡πŸΎπŸ‘‡πŸΎπŸ‘‡πŸΎπŸ‘‡πŸΎπŸ‘‡πŸΎπŸ‘‡πŸΎπŸ‘‡πŸΎπŸ‘‡πŸΎ

http://www.pnm.elib.com.my/







Mohon dipjgkn kepada rakan-rakan yg lain.


Portal ini boleh di akses melalui data tel, internet rumah atau hotspot wifi..


MEMBACA JAMBATAN ILMU

SEMOGA BERMANFAAT KEPADA SEMUA




DISKAUN LEVI’S VIP CLUB❗️

Kalau korang nak voucer atau diskaun daripada  pembelian produk jenama Levi’s..  Meh Join LEVI’S VIP CLUB..

Klik Link Di Bawah Ni πŸ‘‡πŸΎπŸ‘‡πŸΎπŸ‘‡πŸΎ


Ni e- voucher wallet yang aku dapat...15% Didalam satu transaksi tu...BERBALOI!


SEMOGA BERMANFAAT KEPADA SEMUA



🀺🏌🏻‍♀️⛹🏽‍♂️πŸ‹πŸ½‍♂️ SUKAN VS RISIKO KECEDERAAN! ⛷πŸ„πŸΌ‍♂️πŸ‡πŸΌπŸš΄πŸ½‍♀️πŸ§—πŸ½‍♂️

Assalamualaikum...
Bersukan sememangnya bagus untuk kesihatan.. seseorang perlu memilih sukan yang bersesuaian dengan tahap kecergasan..  sebelum bersukan juga seseorang boleh membuat senaman tegangan bagi mengurangkan risiko kecederaan..

 So dalam gambarajah di bawah ni adalah senarai sukan yang tinggi risiko kecederaan.. walaupun kajian ini dilakukan di US..namun masih boleh diguna pakai untuk rujukan untuk kita mengambil langkah awal..



SEMOGA BERMANFAAT KEPADA SEMUA
 09.03.2019
0437pm

07 Mac 2019

⚠️ KESAN BERLEBIHAN GULA DIDALAM BADAN! πŸ€’

KESAN GULA BERLEBIHAN!

# Lapar Berterusan – Perut akan rasa lapar memanjang walaupun baru makan. Ini disebabkan kandungan gula terlalu tinggi. Secara saintifiknya, glukosa terhalang untuk memasuki sel-sel dalam badan. Seterusnya, badan tidak dapat terima tenaga dan mulalah anda rasa lapar.

# Badan Terasa Letih – Bila dah tak serap dalam tubuh, sel-sel badan tidak dapat berfungsi dengan betul sebab tiada bekalan tenaga.

# Kerap Buang Air Kecil – Bila tak dapat serap glukos, buah pinggang kita juga tak dapat nak serap cecair kerana berlaku kepekatan glukosa dalam darah. Jadi kita akan rasa nak buang air saja kerjanya.

#Mulut Kering dan Dahaga Berlebihan – Kehilangan cecair daripada kesan sering ke tandas sebentar tadi menyebabkan mulut menjadi kering. Badan akan menilai tahap dehidrasi dan menghantar isyarat ke otak.

#Sukar Untuk Fokus – Gula yang tinggi juga menghalang glukosa untuk sampai ke sel otak. Bila otak sukar dapatkan tenaga, tumpuan akan terjejas.
#Mata Kabur –Kandungan gula yang tinggi ini turut memberi kesan pada sel mata. Mata hilang keupayaan untuk  beri tumpuan sekaligus  penglihatan jadi kabur.

#Mati Pucuk – Bila kandungan gula terlalu tinggi, sukar untuk ereksi. Ini kerana untuk peroleh ereksi yang sihat, aliran darah ke saraf mesti dalam keadaan sihat. Jika ada gula berlebih, biasanya akan terjejas. Sebab itulah orang alami kencing manis akan sukar ereksi dan boleh mati pucuk.

#Luka Lambat Sembuh – Bila dah terlalu tinggi gula, susah untuk luka sembuh kerana peredaran darah ke seluruh tubuh sudah terjejas.

Terakhir sekali…

#Cepat Marah – Kajian mengatakan orang gula tinggi biasanya selalu cemas, terlebih aktif dan selalu kemurungan.

03 Mac 2019

⚠️ BINJAI ATAU KEMANG?

Khasiat Buah Kemang a.k.a Binjai πŸ₯­


SEMOGA BERMANFAAT KEPADA SEMUA

Durian Netherland...eahhhhh.... Belanda! πŸ‡³πŸ‡±

KHASIAT DURIAN BELANDA
 Harini malas nak taip panjang panjang..😜 Baca maklumat dalam gambarajah di bawah ni yer...


SEMOGA BERMANFAAT KEPADA SEMUA

02 Mac 2019

❄️ TIPS KEKAL SIHAT DI MUSIM PANAS ❄️ Bukan POLAR Vortex!

DI AMERIKA SEDANG SIBUK CERITA TENTANG POLAR VORTEX...

Memang kalau masuk penghujung bulan πŸ“† Februari & awal Mac ni.. kepanasan yang amat mmg dirasai hampir setiap tahun.. ☀️

So, mmg kalau korang pergi ke klinik2 mmg ramai yang demam, batuk dan tak kurang juga yang semput sbb persekitaran yang berhabuk..
So, diharap tips2 Didalam gambarajah ini dapat membantu...


SEMOGA BERMANFAAT KEPADA SEMUA

03.03.2019
122am

πŸ“· KAMERA DSLR BAKAL BERKUBUR?

Sebelum ini aku bercerita tentang FRIENDSTER, MySpace DNA juga FACEBOOK ....
BAGAIMANA EMPAYAR FRIENDSTER yang sangat GAH...Tumbang DNA akhirnya ber”KUBUR”!

SO ... KALI NI...AKU SAJER NAK MENARIK PERHATIAN dengan topik yang fresh sket.... So Tajuk malam...”Kamera DSLR BAKAL BERKUBUR!” πŸ“·

WAH...agak ganas tajuk nie..haha..πŸ”₯

Aku taknak berceloteh panjang berkenaan TAJUK nie..aku ceritakan kenapa. BAkal terjadi apa yang aku ramalkan ini mengikut kira kira OTAKKU...HAHA..

Daripada “TREND” terkini dan pemerhatian secara kasar oleh mataku..(cewahhh..) DSLR bakal dilenyapkan oleh Teknologi Kamera yang digunapakai melalui gadjet yang diberi nama “TELEFON PINTAR” atau dalam bahasa penjajah diberi nama “SMARTPHONE!” πŸ“±

Ini kerana,semakin hari semakin banyak teknologi Didalam Kamera DSLR yang diserap ke dalam teknologi kamera telefon pintar..  JIKA HARI INI “Leica” telah memasuki pasaran telefon pintar dengan kalobrasi pintar bersama HUAWEI...Tidak mustahil selepas ini NIKON juga akan turut serta memasuki pasaran yang sama...INI KERANA.. PASARAN TELEFON PINTAR adalah berkali kali ganda berbanding pasaran Kamera DSLR...

Penyebab Utama Kejatuhan Kamera DSLR dimasa akan Datang:

❤️smartphone lebih kecil saiz dan mudah dibawa (pocket size)
❤️teknologi DSLR semakin banyak diserap ke dalam kamera telefon pintar
❤️2 in 1 (telefon + kamera) - multipurpose 
❤️semakin banyak aplikasi yang menggunakan teknologi kamera DSLR
❤️harga telefon yang lebih kurang sama dengan kamera DSLR
❤️promosi
❤️gambar semakin cantik (45MP setakat yang latest la ni...)

Tapi tetap masih ada kelemahannya...
Kelemahan Kamera Telefon adalah seperti:

πŸ’šbanyak sgt kamera dibelakang.. (akan datang pasti akan dijadikan SATU!

ITU JER KOT RASANYA YANG PERLU DIATASI...

OK, cukup setakat ni dulu.. hangpa kalau rasa baca dan boleh terima pun okey... takle terima pun okey..  no hal.. sekadar pandangan hitam mata hitamku...

SEMOGA BERMANFAAT KEPADA SEMUA

02.03.2019
1023pm

01 Mac 2019

❤️FRIENDSTER + MYSPACE VS FACEBOOK πŸ€”


SETUJU atau TIDAK... Korang mesti akui bahawa FRIENDSTER umpama sebuah TAMADUN HEBAT yang HILANG!

TIADA JEJAK ... TIADA KESAN!  πŸ˜³

Yelah... hang Coba pikiq... Dari sebuah website sosial yang mempunyai jutaan akaun.. La ni lenyap tanpa berita...CEWAH!!

Yang seangkatan dengannya seperti MySpace.. pun ghaib  TANPA BAYANG! wahhhhhh.....

SETUJU ATAU TIDAK... pesaing yang memusnahkan empayar FRIENDSTER dan MySpace tidak lain tidak bukan adalah FACEBOOK!
Walaupun FRIENDSTER dan MySpace menyediakan pelbagai gadjet dalam perkhidmatan mereka... Siap boleh tukar TEMA lagi... Namun.. TETAP GAGAL BERTAHAN...


APA KEKUATAN FACEBOOK ? Nanti aku kaji dulu..... πŸ€”

SEMOGA BERMANFAAT KEPADA SEMUA
02.03.2019
0231



WAUMAIL VS YAHOO πŸ’Œ


Aku yakin.. kalau korang tengok gambarajah kat atas ni...mesti yang kaki IT pada era penghujung 1990-an kompem kenal....

Ya! WAUMAIL... salah satu laman web yang menyediakan perkhidmatan MEL ELEKTRONIK.. sama seperti Yahoo Mail, Gmail, MSN dan sebagainya... apa yang menarik pada ketika itu .. ia buatan TEMPATAN! BUATAN MALAYSIA beb!

Bangganya aku Time tu... Tapi sayangnya tak bertahan lama... Ditamatkan perkhidmatannya sekitar awal 2001 rasanya.... yelah..mungkin tak mampu bersaing dengan website e-mail daripada luar negara seperti Yahoo Mail dan Gmail yang mempunyai rangkaian dan pelanggan dari seluruh dunia....

SO,CORNER SKET..
Namun aku harap, akan ada la lagi pencipta pencipta tempatan yang dapat mencipta atau mewujudkan sesuatu penciptaan yang mampu menembusi pasaran dunia...
MAYBE TARGET MARKET KENA GLOBAL  sket....

Dan satu lagi pada pandangan aku perkara yang PENTING Didalam pemasaran sesuatu produk adalah PROMOSI!
Selain produk mestilah ‘Niche’...
Dan ISTIQOMAH dalam PERJUANGAN!

SO, SESAPER YANG TENGAH ADA SEMANGAT , IDEA, MODAL DAN KEMAHIRAN TERTENTU UNTUK DITONJOLKAN ATAU DI BUAT.. GO ON! Buat sekarang!
JANGAN TUNGGU LAGI... ( macam aku...!) 😹

ZAMAN LA NI HANG TAK BULEH TENGOK DOK SAJA...
REBUT PELUANG... LAZADA DAN SHOPPE KAN ADA... cewah corner...

So, akhir kalam... “JUAL BURGER TEPI JALAN PUN LEH KAYA.. APATAH LAGI JUAL AIR BALANG DI PASAR MALAM! POKOK PANGKALNYA... RAJIN!

SEMOGA BERMANFAAT KEPADA SEMUA


SAUNA πŸ₯΅ by Kevin Zahri

Sauna bantu bakar lemak atau air? Apa kebaikannya?

Masih ramai yang tidak tahu bahawa bersauna merupakan satu amalan yang bagus untuk kesihatan badan. Selain dapat menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan, jika diamalkan selalu, sauna juga membawa banyak manfaat terhadap tahap kesihatan fizikal.
Ritual atau rutin yang dilakukan semasa bersauna berbeza mengikut kesesuaian diri masing-masing. Namun konsep asas bagi terapi bersauna adalah untuk meningkatkan suhu badan dengan duduk dalam sebuah bilik panas yang lazimnya berada pada suhu 180 darjah Fahrenheit. Selepas 10 hingga 20 minit, iaitu apabila haba bilik itu mulai menjadi terlalu panas, seseorang itu akan menyejukkan badan samada dengan masuk ke dalam kolam renang atau mandi. Selepas berehat seketika, seseorang itu akan kembali ke bilik sauna dan rutin ini boleh diulang sekerap mungkin.
Prinsip utama dalam terapi sauna adalah untuk membuatkan badan berpeluh dengan banyak kerana ini akan dapat membantu mendetoksifikasi badan, menenangkan minda dan bakar kalori pada masa yang sama.

Prinsip utama dalam terapi sauna adalah untuk membuatkan badan berpeluh dengan banyak kerana ini akan dapat membantu mendetoksifikasi badan dan menenangkan minda. Antara manfaat amalan bersauna kepada kesihatan diri adalah seperti berikut:
  1. Mengurangkan stres – stres boleh menyebabkan kesihatan fizikal merosot. Malah ada banyak penyakit yang bersangkut-paut dengan stres. Haba dari sauna mengurangkan ketegangan otot dan merangsang penghasilan endorfin, satu kimia semulajadi yang dihasilkan dalam otak yang bertindak sebagai penahan sakit. Endorfin ini akan menjadikan seseorang itu merasa lega dan tenang.
  2. Melegakan otot – Penghasilan endorfin semasa sauna dapat melegakan kesakitan yang dialami oleh pengidap artritis serta mereka yang mengalami ketegangan otot selepas bersenam. Kenaikan suhu badan dalam sauna menyebabkan saluran darah mengembang. Hasilnya, peredaran darah akan meningkat dan ini akan membantu proses penyembuhan semulajadi badan.
  3. Kulit yang sihat dan berseri – sewaktu melakukan sauna, aliran darah ke kulit akan meningkat dan ini akan menyediakan lebih banyak nutrien di bawah kulit dan permukaan tisu. Hasilnya, kualiti kulit akan bertambah baik secara beransur-ansur.
  4. Detoksifikasi – haba yang dijana oleh badan sewaktu bersauna dapat menyingkirkan toksik yang berada di bawah kulit melalui peluh. Setiap hari kita terdedah kepada toksin samada dalam makanan atau persekitaran kita. Sauna dapat membantu badan kita mengdetoksifikasikan toksin tersebut.
  5. Hipertermia – apabila badan terdedah kepada haba yang tinggi, badan akan berada dalam keadaan seakan-akan sedang demam. Keadaan “demam” ini akan merangsang proses penyembuhan semulajadi badan. Hasilnya, sistem imunisasi badan akan menghasilkan lebih banyak sel darah putih yang berfungsi melawan penyakit dan antibodi untuk menghapuskan virus dan patogen-patogen lain.
  6. Membakar kalori – Proses berpeluh mengunakan banyak tenaga. Tenaga ini diperolehi daripada penukaran lemak dan karbohidrat sewaktu proses pembakaran kalori. Penyelidikan perubatan mendapati seseorang itu boleh dengan mudahnya berpeluh sebanyak 500 gram dalam dalam satu sesi sauna, membakar hampir 300-400 kalori.
seseorang itu boleh dengan mudahnya berpeluh sebanyak 500 gram air dan membakar hampir 300-400 kalori untuk satu sessi sauna 45min.
Beberapa langkah-langkah keselamatan:
  • Jangan duduk dalam bilik sauna lebih daripada 45 minit.
  • Selepas meninggalkan sauna, pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya.
  • Minum air yang mencukupi untuk menggantikan cecair dan mineral yang hilang semasa bersauna.
  • Tanggalkan kanta lekap (contact lense) sebelum memasuki sauna.
  • Wanita hamil tidak boleh sama sekali bersauna.