28 Februari 2019

KETAHUILAH KANDUNGAN GULA DIDALAM MINUMAN RINGAN! ☕️🍼🥛🥃🍺🍷🥤



Gambar ni sebenarnya dah lama aku SAVE... GODEK AND BELEK2 FB post yg dulu dulu terjumpa semula...

Betoi atau Dak maklumat dalam gambarajah ni... hangpa nilaikanlah kesahihannya..

Cuma nak cakap...

 “KURANGKAN GULA DALAM MINUMAN, TAMBAHKAN MANIS DALAM SENYUMAN!”

SEMOGA BERMANFAAT KEPADA SEMUA...
01.03.2019

27 Februari 2019

1950-an : KAHWIN VERSION TRADITIONAL KAMPUNGKU...

Tahun 50-an (Majlis Perkahwinan Di Kampung Serkam)🤵🏻👰🏼

Jika menjemput tetamu ke majlis perkahwinan tetapi tuan rumah 🏠 tiada di rumah, Biasanya daun 🍃 akan diselitkan di pintu sebagai tanda dijemput.

📆 Sebulan sebelum kenduri kahwin, jemput kariah masjid makan bubur kacang/pulut hitam untuk bincang pakatan (sumbangan bantuan) yang akan dihulurkan.


❤️Malam Berinai Kelakar, Malam Berinai kecik, Mandi Perhias, malam berarak & malam langsung..iaitu 3 malam sebelum tarikh  nikah dah buat preperation. Huhu..🤪

Cerita dari Emakku..
28.02.2017

26 Februari 2019

🤢 PERUT PUNCA PENYAKIT ⁉️

PERUT PUNCA SEGALA PENYAKIT

#genggayahidupsihat

Kredit:http://cahayapurnama.com/perut-punca-segala-penyakit/

Anda kerap diserang sakit perut tanpa sebab? Atau anda sering berasa tidak selesa di bahagian perut? Awas! Ia mungkin pentanda awal kepada penyakit lain yang merbahaya kepada anda. Seperti mana Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: “Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.” (Riwayat ad-Dailami)

Al-Ma’idah dalam bahasa Arabnya bermaksud perut (ventrikulus) dan dalam bahasa Inggerisnya disebut stomach. Merupakan salah satu dari organ-organ pencernaan. Perut juga merupakan salah satu dari tempat atau sarang penyakit.

6 punca penyebab penyakit dari perut:-

1. Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik.

2. Terlalu berlebihan semasa makan.

3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga.

Sabda Rasululluh s. a. w, maksudnya: “Jika ada seekor lalat jatuh ke dalam tempat minuman yang akan kamu minum, maka celuplah keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudian angkatlah (buanglah) lalat tersebut. Kerana sesungguhnya pada salah satu sayapnya mengandung ubat dan pada sayap yang lainnya mengandung penyakit.” (Riwayat Abu Hurairah)

4. Tidak cermat semasa meneliti isi kandungannya.

5. Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri.

Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: “Bersiwaklah (menggosok gigilah) kamu semua, sebab bersiwaak (menggosok gigi) itu adalah membersihkan mulut dan Allah redha kepadanya. Setiap kali Jibril datang kepadaku, ia selalu berpesan untuk bersiwak
(menggosok gigi).” (Riwayat Ibnu Majah)

6. Kebiasaan memakan ubat tanpa nasihat doktor.

Oleh itu jagalah cara pemakanan anda, dapatlah anda menghindari dari segala penyakit yang berbentuk kronik ataupun sebaliknya. Amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s. a. w iaitu berpuasa merupakan sebaik-baik pencegahan dan pengubatan.


Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: “Berpuasalah kamu, nescaya kamu menjadi sihat.” (Riwayat Abu Hurairah

22 Februari 2019

💰💰PELEPASAN CUKAI INDIVIDU TAHUN 2018 💸💸💸


Rasanya macam sama jer pelepasan yg dapat jika hendak dibandingkan dengan tahun 2017...
Apepun leh refer gambarajah di bawah 👇🏾





Semoga Bermanfaat!



21 Februari 2019

Hikmah Supermoon 🌕

🌛🌗🌔🌙🌘🌜🌚🌑🌒🌕🌖🌓🌝

Fenomena supermoon atau bulan penuh perigee mempunyai hikmah yang tersendiri walaupun sering dikaitkan dengan musibah air pasang besar, kata seorang ahli falak.

Ketua Unit Cerapan Bahagian Falak, Jabatan Mufti Johor, Hanafiah Abdul Razak menjelaskan fenomena itu merupakan proses pemulihan melibatkan empat nilai yang diperlukan makhluk di muka bumi ini.

“Satu proses di mana berlakunya proses resapan empat nilai iaitu nilai tumbuh, nilai tambah, nilai subur dan nilai pengembangan untuk 17,000 jenis makhluk di darat dan laut, jadi supermoon ada hikmahnya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Perdagangan Pontian.

Supermoon bukan beban, bukan untuk menambah tekanan atau hendak meraih banyak peruntukan untuk tinggikan benteng tapi itu keperluan benda-benda hidup untuk terus dipulihkan,” kata beliau.
Bagaimanapun, menurut beliau, air pasang hanya akan berada dalam keadaan membimbangkan sekiranya berlaku penolakan angin barat serta hujan lebat.

Jika berlaku bulan penuh purnama yang mana detik bulan hampir dengan bumi, maka di situ berlaku detik tolakan kuat kepada permukaan laut yang membawa kesan air pasang tinggi yang melimpah,” kata Hanafiah.
“Sungguhpun begitu, Alhamdulilah, (hari ini) air tidak melimpah. Walaupun pada ketinggian 3.8 meter tetapi ia tidak melimpah kerana Allah beri pertolongan, angin barat tidak bertiup ketika air pasang tinggi, itulah bezanya,” kata beliau.
Tambahnya, fenomena air pasang besar yang berlaku ini dijangka berakhir Jumaat ini.
“Fenomena ini berlaku biasanya 12 hari setiap bulan iaitu tiga hari di awal bulan, tiga hari di hujung bulan, tiga hari sebelum dan selepas pertengahan bulan Islam,” kata Hanafiah.
Bagi fenomena bulan penuh atau supermoon, ia berlaku setiap 18 tahun sekali dan dijangka berlaku pada tahun 2034. – Bernama

20 Februari 2019

Y15ZR VS RS150

I KILL MY BROTHER!... Sape ingat iklan ni? Bebudak lahir 1980-an mesti ingat iklan ni.. 🤪
“RAMAI CAKAP DIA MEMANG LAJU!”


La ni .. dua model motor ni mmg antara paling laris dalam sejarah ketamadunan Malaysia di bawah pemerintahan baru.. Cewahh ayat! Hahha

Ini sedikit maklumat yang aku perolehi drp jaringan maya...🖥

JUST UNTUK PANDUAN..
BUKAN NAK KATA ITU BAGUS DAN YANG ITU TAK BAGUS..
JUST PANDUAN..

lain kaki lain sepaknya..⚽️
Lain orang lain ragamnya..
Lain motor lain harganya..🏍🛵🛴



INGAT TAU! SEBAGAI PANDUAN JER.. (aku cilok pun kat internet)...  TAK SEMESTINYA BETUL DAN TEPAT MAKLUMAT DI ATAS..

LAIN orang .. Lain CITARASANYA...

#HONDA #YAMAHA 
#VR46 #MM93

SEMOGA BERMANFAAT KEPADA SEMUA
HATI HATI DI JALANRAYA

🕌 PANDUAN RINGKAS - SOLAT JENAZAH! 🤲🏻

HARI NI KHAMIS MALAM JUMAAT.... TAPI TAKDE KENA MENGENA DENGAN HARI PUN KERANA “MATI ITU PASTI!”..  

Aku yakin ramai antara kita yang masih tak tahu cara menyembahyangkan jenazah...Sama sama kita BELAJAR YE KAWAN KAWAN!
So, kat bawah ni ada gambarajah ringkas tentang SOLAT JENAZAH..

kalau masih tak berapa faham leh klik kat link kat bawah gambarajah tu.. oleh Ustaz Azhar Idrus...




Klik DISINI bagi melihat penerangan ringkas Solat Jenazah Oleh Ustaz Azhar Idrus..
👇🏾👇🏾👇🏾👇🏾👇🏾

SOLAT JENAZAH - PANDUAN RINGKAS

SEMOGA BERMANFAAT KEPADA SEMUA..

🚲 Saiz Basikal Yang Sesuai Untuk Anak Anda! 🚴🏻‍♂️🚴🏽‍♀️

Mungkin ramai yang tidak tahu bagaimana hendak membeli basikal yang sesuai untuk anak anak.. Kadang kadang TERBELI yang lebih kecil atau lebih besar daripada saiz sepatutnya..

Kalau terBESAR tu oklah lagi.. namun kurang selesa bagi anak anak untuk mengayuh...

Kalau beli terKECIL? JAWABNYA... simpan dalam stor la gamaknyer... atau sedekah kat jiran2 atau saudara yang memerlukan...DAPAT PAHALA!

SO, kat bawah ni aku selitkan gambarajah yang boleh dijadikan rujukan untuk IbuBapa untuk membeli basikal mengikut saiz yang sesuai dengan ketinggian anak mereka...
JOM TENGOK!





12”,16”,20” dan 24” tu adalah saiz tayar atau rim basikal!


SEMOGA PERKONGSIAN INI MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA...





YAKINLAH... INSHAALLAH.. ADA REZEKI! ❤️👕👨‍👨‍👧‍👦🍇🥫🍕🚗✈️

*ADA 8 JENIS REZEKI DARI ALLAH*

*1.Rezeki Yang Telah Dijamin.*

وَمَامِندَابَّةٍفِيالْأَرْضِإِلَّاعَلَىاللَّهِرِزْقُهَاوَيَعْلَمُمُسْتَقَرَّهَاوَمُسْتَوْدَعَهَاكُلٌّفِيكِتَابٍمُّبِينٍ 
"Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya."
(Surah Hud : 6). 

*2. Rezeki Karena Usaha.*

وَأَنلَّيْسَلِلْإِنسَانِإِلَّامَاسَعَى
"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya."
(Surah An-Najm : 39). 

*3. Rezeki Karena Bersyukur.*

لَئِنشَكَرْتُمْلَأَزِيدَنَّكُمْوَلَئِنكَفَرْتُمْإِنَّعَذَابِيلَشَدِيدٌ
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu."
(Surah Ibrahim : 7). 

*4. Rezeki Tak Terduga.*

وَمَنيَتَّقِاللَّهَيَجْعَللَّهُمَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُمِنْحَيْثُلَايَحْتَسِبُ
"Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya."
(Surah At-Thalaq : 2-3).

*5. Rezeki Karena Istighfar.*

فَقُلْتُاسْتَغْفِرُوارَبَّكُمْإِنَّهُكَانَغَفَّارًا( ) يُرْسِلِالسَّمَاءَعَلَيْكُممِّدْرَارًا
"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.”
(Surah Nuh : 10-11).

*6. Rezeki Karena Menikah.*

وَأَنكِحُواالْأَيَامَىٰمِنكُمْوَالصَّالِحِينَمِنْعِبَادِكُمْوَإِمَائِكُمْإِنيَكُونُوافُقَرَاءَيُغْنِهِمُاللَّهُمِنفَضْلِهِ
"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya."
(Surah An-Nur : 32). 

*7. Rezeki Karena Anak.*

وَلَاتَقْتُلُواأَوْلَادَكُمْخَشْيَةَإِمْلَاقٍنَّحْنُنَرْزُقُهُمْوَإِيَّاكُمْ
"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”
(Surah Al-Israa' : 31).

*8. Rezeki Karena Sedekah*

مَّنذَاالَّذِييُقْرِضُاللَّهَقَرْضًاحَسَنًافَيُضَاعِفَهُلَهُأَضْعَافًاكَثِيرَةً
“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak.”
(Surah Al-Baqarah : 245).

12 Februari 2019

SAYANGILAH BUAH PINGGANG.. asyik BUAH HATI jer...

Assalamualaikum..

La ni hampir setiap hari di Malaysia kita leh dengar ttg penyakit buah pinggang...

Apabila buah pinggang rosak.. kena gi CUCI (istilah pasar...)...
3-4 kali seminggu itu BIASA!

SO, mungkin ramai antara kita atau keluarga kita yang terkena penyakit kerosakan buah pinggang...
Melihat kepada rawatan yang kerap yang perlu dilakukan..sudah tentu kosnya tinggi...

Oleh itu, penjagaan awal terutamanya pengambilan aspek pemakanan adalah PENTING bagi mengurangkan risiko menghidap penyakit ini...

Gambarajah di bawah adalah berkenaan dengan FUNGSI BUAH PINGGANG KITA...

Seperti mana Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: “Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.” (Riwayat ad-Dailami)


Semoga bermnafaat kepada semua 

13.02.2019
1.36am

➡️ OAT OAT OAT OAT OAT.. berapa banyak OAT da....🥣

Kali ni aku nak kongsi ttg makanan sihat sket.. iaitu OAT!  For me..oat mmg salah satu kegemaran.. oat + air panas pun leh layan...TANPA GULA atau SUSU KRIMER! 👍🏻

❤️Khasiat Oat❤️

 Antara kebaikan oat untuk tubuh adalah:

(a) Mencegah Penyakit Kardiovaskular

Oat merupakan bijirin gandum yang boleh membantu menurunkan risiko penyakit seperti darah tinggi dan diabetes tahap dua. Dalam kajian mendapati oat mengandungi sebatian kimia yang dipanggil lignan untuk mencegah penyakit jantung. Malah bijirin oat kaya dengan sumber zat besi, magnesium dan vitamin.

(b) Menurunkan Kolesterol

Keupayaan oat menurunkan kadar kolesterol adalah kerana kandungan seratnya. Serat larut dihadam oleh bakteria normal dalam usus dan dapat mengurangkan penyerapan kolesterol oleh tubuh. Oat mengandungi serat yang dapat mengurangkan lipoprotein dengan kolesterol jahat (LDL) yang dapat meningkatkan risiko serangan jantung dan strok.

(c) Pilihan Pesakit Diabetes

Oat menjadi pilihan untuk pesakit diabetes kerana kandungan serat yang sangat tinggi dan membantu meningkatkan kadar metabolisme dan menyeimbangkan gula dalam darah. Pesakit diabetes boleh mengambil oat sebagai pengganti makanan utama. Pesakit diabetes sangat perlu mengambil makanan yang tinggi kandungan serat untuk menstabilkan gula di dalam darah.

(d) Kaya Dengan Antioksidan

Radikal bebas hanya boleh dimusnahkan dengan antioksidan. Oat mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dan menentang radikal bebas yang boleh membantu menyerlahkan kecantikan dan kesihatan kulit.

(e) Mencegah Kanser

Fungsi serat dalam makanan tidak hanya untuk melancarkan sistem pencernaan. Kombinasi antioksidan yang tinggi dan memiliki metabolisme yang lancar menjadi jawapan untuk mencegah penyakit kanser. Antioksidan bertindak melindungi sel rosak yang berpunca daripada molekul yang tidak stabil, dikenali sebagai radikal bebas. Sel yang rosak ini boleh meningkatkan risiko kanser.

(f) Meningkatkan Sistem Imun Tubuh

Oat sememangnya kaya dengan nutrisi terutama antioksida yang penting untuk menjaga sistem imun tubuh. Bukan itu sahaja malah dapat menyihatkan tubuh dan kesihatan kulit dengan mencegah daripada pelbagai jenis penyakit.


Kredit: 

IJAZAH PALSU?❓❓❓ 👨🏻‍🎓


❤️Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda:❤️
طَلَبُالْعِلْمِفَرِيضَةٌعلىكلمُسْلِمٍ
“Menuntut ilmu itu wajib atas setiap muslim.”
(Hadits sahih, riwayat alBaihaqi dalam syu’abul iman)


Harini aku nak menarik perhatian dengan isu semasa... Menteri Berijazah Palsu?👨🏻‍🎓

💥Wow! Panas! HOT! Bombastik! 💥

Ya.. untuk hidup.. ijazah daripada Universiti mmg TIDAK DIPERLUKAN! Tapi untuk mencari kerja? Jawapannya “Ya!”... TAPI tengok pulak ko nak kerja apa? 
Kalau nak jalankan perniagaan sendiri.. Tak Perlu pun xpe... Bukan WAJIB! TAPI kalau ada tu LAGI BAGUS! Ada benefitnya... Pekerjaan masa kini banyak yang meletakkan kelayakan akademik sebagai perkara wajib dilihat... Dan AKHIRNYA nanti PENGALAMANN jualah CIKGU YANG TERBAIK!

So hari ini panas ttg tajuk “menteri berijazah PALSU!” ... ya, dari sudut Politik mmg tak WAJIB.. TAPI dari sudut integriti mmg tak bagus.. sebabnya MENIPU masyarakat.. (kalau asal asal ngaku xde ijazah rasanya takde masalah..KAN???...)

Politik tak perlukan seseorang yang berkelulusan tinggi...  Cukup ada pengalaman!, pandai bercakap!, rajin ke sana sini!, campur masyarakat!, dan yang paling PENTING berjiwa rakyat! DAN SATU LAGI.. Pandai berbahasa asing... ( memudahkan perhubungan dengan masyarakat di luar lingkungan..)

Apa yang penting disini adalah ilmu...
Ko ada 10 ijazah pun kalau tak mengamalkannya.. Tak leh gak.. Berhabuk dalam Frame📜jer nanti!

“ILMU TANPA AMAL,UMPAMA POHON TAK BEBRUAH!”🌳❌🍎

So, kalau takde ILMU? Lagi la kan.. hahaha...

Tak kisah lah namanya SPM ker.. Diploma ker.. Ijazah ker... ataupun PHD ker...👨🏻‍🎓👨🏻‍🎓
Kalau tak beramal.. tak guna beb! 

BERBALIK PADA TAJUK ASAL... So, pendapat aku tak ada masalah kau xde ijazah, tapi yang PENTING kau kena JUJUR!

Sebab nanti DISINI ADA DUA JER.. DOSA & PAHALA...
DISANA PUN ADA DUA.. SYURGA & NERAKA..

WALLAHUALAM..
Semoga Bermanfaat Kepada Semua

12.02.2019
16

11 Februari 2019

🍣 💚KEBAIKAN WASABI 💚🍣

SEBUT PASAL WASABI... KOMPEM KORANG TERBAYANG SUSHI KAN.. 

KALAU DULU DI AWAL 90-an.. SUSHI NI DAH MACAM ASING SANGAT DAN RAMAI ORG TAKUT NAK MAKAN Sebab tak Kompem STATUS HALALnya... Yela.. Japan Mali Katakan...

La ni.. Beratus restoran menyediakan SUSHI sebagai salah satu hidangan... JANGAN kata di Restoran.. Di Pasar Pasar Malam pun dah banyak dijual..Versi Melayu..Kikikikiki...

So, ini ada sedikit perkongsian berkenaan dengan WASABI...

10 KEBAIKAN WASABI....

1. Antimikrob

Wasabi mengandungi agen antimikrob yang berguna untuk membasmi bakteria. Wap 'isothiocynates' yang terkandung di dalamnya mampu menghalang pertumbuhan pelbagai jenis bakteria, yis dan kulat. Kandungan anti-mikrob yang tinggi ini menjadikan ianya sangat sesuai dimakan bersama ikan mentah.

2. Anti-Radang

Wasabi juga mengandungi agen anti-radang yang tinggi sekaligus membantu dalam penyingkiran masalah keradangan seperti kecederaan dan bengkak. 

3. Anti-kanser

Mengandungi anti-oksidan yang tinggi menjadikan wasabi sebagai makanan yang sesuai untuk mengelakkan sakit kronik seperti kanser. Wasabi membantu membolehkan hati untuk meneutralkan sedikit bahan bertoksik yang berada di dalam tubuh yang boleh mengakibatkan kanser. 

Jadi, dengan memakan wasabi dan makanan yang mengandungi anti-oksidan yang lain boleh membantu mengurangkan risiko penyebaran kanser di tahap akhir. 

4. Kesihatan kardiovaskular

Oleh kerana ianya mempunyai keupayaan untuk menghalang dari berlakunya pengumpulan platelet, wasabi membantu mengurangkan peluang untuk serangan jantung dan strok. 

5. Wasabi dan Arthritis

Diet yang kaya dengan wasabi mampu melegekan sakit otot kerana sifat anti-radang yang dimilikinya. Ianya juga turut membantu untuk menghindar masalah radang usus dan juga asma. 


6. Elak kaviti

Wasabi membantu mengelakkan masalah kaviti pada gigi. Bakteria yang bertanggungjawab pada masalah ini adalah Streptococcus. Kajian menunjukkan wasabi menghalang penularan bakteria di dalam mulut. 

7. Sanitizer semulajadi

Oleh kerana wasabi mempunyai keupayaan untuk melawan bakteria E.coli dan Staphylococcus serta bakteria phylori,ianya digelar sebagai sanitizer semula jadi. 


8. Bahan detoks

Wasabi merupakan bahan detoks semulajadi yang membantu menyingkirkan toksin dan karsinogen pada hati dengan bantuan fitokimia yang terdapat padanya. 


9. Makanan rendah kalori

Wasabi yang disediakan bersama kacang mampu membuatkan ianya menjadi hidangan yang rendah kalori, yang sesuai untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan.

10. Merangsang penghadaman

Wasabi membantu melancarkan penghadaman kerana kaya dengan serat.

Semoga Bermanfaat Kepada Semua
12.02.2019
3.02pm

09 Februari 2019

Tahap Radiasi Telefon Bimbit Anda?



Artikel ni aku baca tadi.. Rasa macam bagus untuk di share... Pengetahuan Umum!

iPhone 7? Alamak! Kalau macam ni.. terpaksa tukar yang lain demi keselamatan dan kesihatan... ( cewah alasan..)

Semoga Bermanfaat Kepada Semua...

09.02.2019
1009pm