Selak punya selak... akhirnya terjumpa gambar ni dalam FB... Rasanya gambar ni sekitar 2004... Semasa belajar di UTeM... Dulu namanya KUTKM... rebranding la ni...
Yg lentok macam nak tido tu aku la... hahaha..
Pada waktu ni... BARISAN BELAKANG merupakan lokasi kegemaran aku, apai dan jerul...
Ketika lecturer sibuk berpeluh bertungkus lumus bagai nak rak terangkan berkenaan dengan CNC.. Kami pula sibuk dengan buku catatan masing masing mengarang puisi...Hahahha..
Kadang Kadang tu siap sambung menyambung.. Akhirnya oleh dek kerana matapelajaran Engineering ini memerlukan tahap kerajinan yang tinggi berbanding kami.. Maka aku antara org org yang tersungkur....huhuhuhuhuhuhu
BARISAN BELAKANG ini jugalah akhirnya yang banyak memberi pengajaran kepada aku... Akhirnya aku keluar daripada kebiasaan dan membuang perspektif BARISAN BELAKANG yg seringkali di syncronise kan dengan KEGAGALAN... aku telah buktikan..
REZEKI ANAK ADAM ITU TELAH DITETAPKAN... yang penting Usaha,Doa,Tawakkal... dan REZEKI TAK PERNAH TERSALAH ALAMAT...
Dimana pun kita berada.. diakhirnya kita yang menentukan... Dan satu lagi, yakinlah dengan apa yang anda lakukan.. inshaaAllah.. JUAL GORENG PISANG PUN BOLEH JADI JUTAWAN!
SEMOGA BERMANFAAT! SOLAT JANGAN TINGGAL....
07.02.2019
5.08pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan