11 Februari 2019

๐Ÿฃ ๐Ÿ’šKEBAIKAN WASABI ๐Ÿ’š๐Ÿฃ

SEBUT PASAL WASABI... KOMPEM KORANG TERBAYANG SUSHI KAN.. 

KALAU DULU DI AWAL 90-an.. SUSHI NI DAH MACAM ASING SANGAT DAN RAMAI ORG TAKUT NAK MAKAN Sebab tak Kompem STATUS HALALnya... Yela.. Japan Mali Katakan...

La ni.. Beratus restoran menyediakan SUSHI sebagai salah satu hidangan... JANGAN kata di Restoran.. Di Pasar Pasar Malam pun dah banyak dijual..Versi Melayu..Kikikikiki...

So, ini ada sedikit perkongsian berkenaan dengan WASABI...

10 KEBAIKAN WASABI....

1. Antimikrob

Wasabi mengandungi agen antimikrob yang berguna untuk membasmi bakteria. Wap 'isothiocynates' yang terkandung di dalamnya mampu menghalang pertumbuhan pelbagai jenis bakteria, yis dan kulat. Kandungan anti-mikrob yang tinggi ini menjadikan ianya sangat sesuai dimakan bersama ikan mentah.

2. Anti-Radang

Wasabi juga mengandungi agen anti-radang yang tinggi sekaligus membantu dalam penyingkiran masalah keradangan seperti kecederaan dan bengkak. 

3. Anti-kanser

Mengandungi anti-oksidan yang tinggi menjadikan wasabi sebagai makanan yang sesuai untuk mengelakkan sakit kronik seperti kanser. Wasabi membantu membolehkan hati untuk meneutralkan sedikit bahan bertoksik yang berada di dalam tubuh yang boleh mengakibatkan kanser. 

Jadi, dengan memakan wasabi dan makanan yang mengandungi anti-oksidan yang lain boleh membantu mengurangkan risiko penyebaran kanser di tahap akhir. 

4. Kesihatan kardiovaskular

Oleh kerana ianya mempunyai keupayaan untuk menghalang dari berlakunya pengumpulan platelet, wasabi membantu mengurangkan peluang untuk serangan jantung dan strok. 

5. Wasabi dan Arthritis

Diet yang kaya dengan wasabi mampu melegekan sakit otot kerana sifat anti-radang yang dimilikinya. Ianya juga turut membantu untuk menghindar masalah radang usus dan juga asma. 


6. Elak kaviti

Wasabi membantu mengelakkan masalah kaviti pada gigi. Bakteria yang bertanggungjawab pada masalah ini adalah Streptococcus. Kajian menunjukkan wasabi menghalang penularan bakteria di dalam mulut. 

7. Sanitizer semulajadi

Oleh kerana wasabi mempunyai keupayaan untuk melawan bakteria E.coli dan Staphylococcus serta bakteria phylori,ianya digelar sebagai sanitizer semula jadi. 


8. Bahan detoks

Wasabi merupakan bahan detoks semulajadi yang membantu menyingkirkan toksin dan karsinogen pada hati dengan bantuan fitokimia yang terdapat padanya. 


9. Makanan rendah kalori

Wasabi yang disediakan bersama kacang mampu membuatkan ianya menjadi hidangan yang rendah kalori, yang sesuai untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan.

10. Merangsang penghadaman

Wasabi membantu melancarkan penghadaman kerana kaya dengan serat.

Semoga Bermanfaat Kepada Semua
12.02.2019
3.02pm

Tiada ulasan: