03 Februari 2019

KISAH BUDAK ASRAMA - EPISOD 1

2001
Lokasi: Blok K, Dorm 2, Smt seri manjung
Masa: 9.++ malam (lepas balik isya' disurau asrama yang diimamkan oleh Cikgu Mokhtar)
..........................................................................
"Melaka (nama gelaranku ketika di sekolah), pinjam jap walkman... malam minggu beb.. kita headbanging lar...", Izham (rakan katil dpi ke decker) bisik di telingaku taktala aku sedang menelaah majalah Ujang sambil membaca komik bertajuk pijak-pijak!

Tetiba fikiranku seolah olah di pukau dan kepalaku mengangguk tanda SETUJU!

"Idea yang cukup bernas!", hatiku berkata... "lagipun weekend Mcm ni biasanya warden balik kampung!", bisik hatiku lagi bagai memberi keyakinan. Time ni lah nak release tension!!! Gamaknya...

"Nah, ambiklah! Jgn lupa susun meja study! Headbanging atas meja study lagi syok! Layan  beb!", spontan mulutku memberi idea yang agak dramatik lagi komersil.

Si Ustaz (gelaran bagi Member Yg agak alim) selaku AJK surau Yg duduk se'dorm' dgn kami bagai tidak bersetuju dengan program yang kami cuba aturkan se 'ad hoc' mungkin, lalu keluar menuju ke bilik 'prep' tanpa memberi salam! Pandang pun idak aihhh! 

Lalu di Izham pun berusaha keras yang amat mencari channel2 radio Yg popular ketika itu! Diputar beberapa kali, akhirnya dapatlah mendengar channel "Pilihan Bersama" yang amat fofular ketika itu... 

"Tinggi-tinggi kelapa Bali! Yeayeahhhhhhh!!!!", sekuat-kuat suara dilontarkan oleh Izham... bergema jugak lah dorm ketika itu...

"Wah! Lagu kumpulan Amuk ni mmg popular ketika Itu sehinggakan budak-budak di blok J (jiran kami) menjadikan lagu tersebut sebagai lagu utama ketika masuk pertandingan dikir barat peringkat blok tempoh hari! Warden blok J (Cikgu Shahidan yg amat terkenal dgn Kuew Teow gorengnya...) mmg mesra dgn anak anak buahnya kerana setiap mggu pada hari Sabtu melayan mereka dengan tayangan perdana 'Dragon Ball'!

Berbalik kepada cerita asal...

Lalu si Izham pun ajak aku dan rakan2 join headbanging! Tetapi si Bob dikecualikan atas faktor berat badan. So, si bob layan atas lantai dorm sahaja!


Sedang asyik headbanging tiba - tiba berderai pecah sebaris cermin tingkap asrama. Ketika itu aku dapat melihat dengan agak jelas seketul batu berwarna merah berterbangan hampir terkena kepalaku.. "uiksss.. Seb baik tak kena", aku berkata perlahan.

Kemudian kami secara berjemaah pergi ke tingkap dan melihat siapa yang DENGKI dan tidak puas hati  membaling batu ketika majlis upacara headbanging berlangsung!

Tanpa suara, mata kami tertumpu pada satu arah. Kelihatan satu lembaga berdiri dikaki lima asrama sambil tangan dicekak dipinggang! Agak tidak jelas kerana lampu di tepi blok pada ketika itu dipadamkan..

"Papa ( gelaran bagi warden Blok K) wei Papa!", sayup sayup terdengar bisikan halus menggegar gegendang telinga aku. Biarpun agak perlahan suara itu tetapi getarannya sampai ke jantung..

Perlahan lahan masing masing merangkak cuba menuju ke katil masing masing sesenyap mungkin.. lalu cuba pejamkan mata! Walkman pun dimatikan sesegera mungkin!

"10.30 malam rokal kat bawah!", jerit lantang lembaga itu ke arah dorm kami.. berdesing telingaku mendengarnya...
Dengan hati yang pasrah dan redh


Bersambung...

Tiada ulasan: