07 Mac 2019

⚠️ KESAN BERLEBIHAN GULA DIDALAM BADAN! πŸ€’

KESAN GULA BERLEBIHAN!

# Lapar Berterusan – Perut akan rasa lapar memanjang walaupun baru makan. Ini disebabkan kandungan gula terlalu tinggi. Secara saintifiknya, glukosa terhalang untuk memasuki sel-sel dalam badan. Seterusnya, badan tidak dapat terima tenaga dan mulalah anda rasa lapar.

# Badan Terasa Letih – Bila dah tak serap dalam tubuh, sel-sel badan tidak dapat berfungsi dengan betul sebab tiada bekalan tenaga.

# Kerap Buang Air Kecil – Bila tak dapat serap glukos, buah pinggang kita juga tak dapat nak serap cecair kerana berlaku kepekatan glukosa dalam darah. Jadi kita akan rasa nak buang air saja kerjanya.

#Mulut Kering dan Dahaga Berlebihan – Kehilangan cecair daripada kesan sering ke tandas sebentar tadi menyebabkan mulut menjadi kering. Badan akan menilai tahap dehidrasi dan menghantar isyarat ke otak.

#Sukar Untuk Fokus – Gula yang tinggi juga menghalang glukosa untuk sampai ke sel otak. Bila otak sukar dapatkan tenaga, tumpuan akan terjejas.
#Mata Kabur –Kandungan gula yang tinggi ini turut memberi kesan pada sel mata. Mata hilang keupayaan untuk  beri tumpuan sekaligus  penglihatan jadi kabur.

#Mati Pucuk – Bila kandungan gula terlalu tinggi, sukar untuk ereksi. Ini kerana untuk peroleh ereksi yang sihat, aliran darah ke saraf mesti dalam keadaan sihat. Jika ada gula berlebih, biasanya akan terjejas. Sebab itulah orang alami kencing manis akan sukar ereksi dan boleh mati pucuk.

#Luka Lambat Sembuh – Bila dah terlalu tinggi gula, susah untuk luka sembuh kerana peredaran darah ke seluruh tubuh sudah terjejas.

Terakhir sekali…

#Cepat Marah – Kajian mengatakan orang gula tinggi biasanya selalu cemas, terlebih aktif dan selalu kemurungan.

Tiada ulasan: