🌛🌗🌔🌙🌘🌜🌚🌑🌒🌕🌖🌓🌝 Fenomena supermoon atau bulan penuh perigee mempunyai hikmah yang tersendiri walaupun sering dikaitkan dengan musibah air pasang besar, kata seorang ahli falak. Ketua Unit Cerapan Bahagian Falak, Jabatan Mufti Johor, Hanafiah Abdul Razak menjelaskan fenomena itu merupakan proses pemulihan melibatkan empat nilai yang diperlukan makhluk di muka bumi ini. “Satu proses di mana berlakunya proses resapan empat nilai iaitu nilai tumbuh, nilai tambah, nilai subur dan nilai pengembangan untuk 17,000 jenis makhluk di darat dan laut, jadi supermoon ada hikmahnya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Perdagangan Pontian. Supermoon bukan beban, bukan untuk menambah tekanan atau hendak meraih banyak peruntukan untuk tinggikan benteng tapi itu keperluan benda-benda hidup untuk terus dipulihkan,” kata beliau. Bagaimanapun, menurut beliau, air pasang hanya akan berada dalam keadaan membimbangkan sekiranya berlaku penolakan angin barat serta hujan...